Tuesday 29 March 2011

Isu : Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan di Malaysia


        Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. ia merupakan suatu alat yang sesuai untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemampuannya menerima dan memproses data sehingga 24 jam sehari. Teknologi yang ada juga mampu membantu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya digunakan dengan sistematik dan berkesan.

       Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini adalah berlakunya ledakan teknologi maklumat. dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungka dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperoleh dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk terus bertindak memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini denga menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama yang terkadung dalam MSC adalah terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, pemasaran tanpa semapadan, kad pintar, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan dunia.

        Sejajar dengan perkembangan  ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan bidang pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pelajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

        Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurukulum, memperkembnagkan teknologi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar.

The Making Of : CONGKAK TEMPURUNG

Sunday 27 March 2011

10 Gambar Inovasi dan Teknologi



  Anjing Berkaki Roda



HOPPA seekor anjing berbaka campuran berusia empat tahun yang tidak mempunyai kaki hadapan menggunakan peranti kaki palsu beroda untuk membantunya bergerak di Tel Aviv, Israel. Alat itu disumbangkan oleh pelajar seni yang menyayangi haiwan, dengan harapan alat bantuan itu dapat meningkatkan keselesaan haiwan tersebut untuk hidup secara normal.


Helmet Pengesan Otak



Dengan menggunakan helmet ini, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya. Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Kecanggihan teknologi menyebabkan pereka dapat mencipta alatan yang dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.

Lolipop Plastik


Dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). Alat itu menukar imej menjadi denyutan elektrik yang dihantar ke lidah dan menyebabkan rasa berdenyut. Kekuatan denyutan yang berbeza itu boleh diterjemahkan, menyebabkan pengguna boleh menggambarkan persekitaran mereka secara mental dan bergerak di sekelilingnya. Ia mengandungi satu kamera video kecil yang dipasang pada cermin mata dan disambung dengan satu 'lolipop' plastik yang diletakkan di atas lidah untuk membaca denyutan tersebut.


Monorel Mesra Alam






Teknologi mesra alam yang diaplikasikan pada monorel Shweeb di Rotorua, New Zealand ternyata dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Perekanya, Geoffrey Barnet menggabungkan tempat bersandar dan pengayuh dengan teknologi monorel untuk membina Shweeb, nama yang diambil bersempena dengan perkataan dalam bahasa Jerman iaitu schweben yang bermaksud melayang atau bergantung. Dengan kepakaran teknologi baru itu, Shweeb terbukti sebagai pengangkutan yang lebih efisien dan kos rendah dengan aplikasi komuter bandar, rekreasi dan kecergasan. Shweeb meluncur melalui bandar menggunakan rel licin ultra tipis bersaiz hanya 200 milimeter (mm) x 200 mm.  Ia berada setinggi enam meter di atas permukaan tanah untuk mengelakkan lalu lintas dan pejalan kaki.


Robot Bola Sepak


Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human, ia menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola (jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru). Berpandukan garisan putih di padang, robot berkenaan dapat mengesan posisinya sekali gus menyesuaikan pergerakan ke arah bola. Robot itu akan menendang bola ke arah pintu gol apabila berada hampir dengan gawang. Harga : AS$13,500 (RM45,600).


Bola Menggunakan Teknologi Masa



Dimaklumkan bahawa Adidas Jabulani ini adalah bola pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi aerodynamic, sama seperti yang digunakan pada F1 iaitu teknologi melawan angin. Nampaknya semakin susah  goalkeeper nak menahan bola ini. Dengan itu, tak mustahil  Adidas yang begitu sinonim dengan dunia bola sepak mendapat kepercayaan FIFA untuk terus menjadi pembekal rasmi equipment bola sepak untuk World Cup. Penghasilan equipments untuk bola sepak Adidas tidak pernah ketinggalan zaman dan tidak pernah mengecewakan semua peminat. Bukan itu sahaje, malah Adidas juga menghasilkan equipments berkualiti lain seperti jersi, but bola, stokin dan macam macam lagi. 


Robot Pembantu Rumah



Pembangunan robot yang menepati sifat ini penting, terutama bagi sebuah negara maju seperti Jepun yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan pada masa sama, golongan tua semakin bertambah. Sehubungan itu, robot yang dapat berfungsi membantu manusia dengan selamat, boleh berkomunikasi dan tangkas bekerja semakin diperlukan. Kebanyakan penyelidikan robot ketika ini lebih menumpukan terhadap aspek hiburan dan hanya sedikit kajian dibuat terhadap penciptaan robot yang memenuhi ciri seperti selamat, boleh diharapkan dan pantas.

Gula-gula Getah Berkamera




Bagus digunakan untuk kamera tersembunyi / spy cam
Masa rakaman video dalam format AVI (Audio Video Interleave)  sehingga 2 jam rakaman
Berat : 19g termasuk bateri.




PC untuk orang buta




Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.


Pen Berkamera




Pen pintar versi ini dilengkapi dengaan teknologi canggih iaitu penderia sensitif pada pergerakan. ini bermakna ia akan merakam setiap objek yang melintasi lensa kameranya bila mode aktifnya dihidupkan. Kualiti video dan gambar adalah berformat HD dengan resolusi setinggi 1280 x 960 piksel selaju 30 frame sesaat. Kualiti audio pula pada kadar 24 kHz.








Tuesday 22 March 2011

10 Foto Model BBM Kapal Terbang











10 Youtube Teknologi & Inovasi

Demo Alarm Kebocoran Tabung Gas Epiji Tercanggih 


3D Technology Evolving Worldwide


Arus elektrik melalui garam












EPS - Styrofoam - recycling machine


Futuristic Electric Car


Kereta untuk wanita


PENGANGKUTAN UDARA PERSENDIRIAN MASA DEPAN


Robot Melakukan Gerakan Sholat


Tandas Jepun yang Canggih


Teknologi wayang kulit

Monday 14 March 2011

Biodata Diri

Nama  :  Mohd Zairil Hafiz Bin Aziz

No. Matrik  :  A 127681

Program  :  Pengajian Sejarah

Fakulti  :  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tahun Pengajian   :  Tahun Dua (2)

Semester  :  Dua (2)

Sesi  :  2010/2011

E mail  :  nisape89@gmail.com

Subjek   :  GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

Tutorial  :  Mejar Mohd Jasmy Bin Abd Rahman, selasa 8.00 malam hingga
                       10.00 malam, makmal  3 Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...