Tuesday 29 March 2011

Isu : Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan di Malaysia


        Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. ia merupakan suatu alat yang sesuai untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemampuannya menerima dan memproses data sehingga 24 jam sehari. Teknologi yang ada juga mampu membantu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya digunakan dengan sistematik dan berkesan.

       Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini adalah berlakunya ledakan teknologi maklumat. dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungka dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperoleh dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk terus bertindak memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini denga menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama yang terkadung dalam MSC adalah terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, pemasaran tanpa semapadan, kad pintar, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan dunia.

        Sejajar dengan perkembangan  ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan bidang pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pelajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

        Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurukulum, memperkembnagkan teknologi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar.

11 comments:

  1. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sememangnya saya bersetuju bahawa teknologi telah mewarnai sistem pendidikan dunia. Segala urusan P&P yang sukar dahulunya, kini semakin mudah dengan adanya teknologi.

    Namun jangan dilupa disebalik kebaikannya terselit keburukan yang tidak dapat kita elakkan. Bertepatan dengan kata-kata Carrie P Snow tentang teknologi ;

    "Technology... is a queer thing. It brings you great gifts with one hand, and it stabs you in the back with the other.”

    Dikhuatiri pelajar yang terlalu dimanjakan dengan ICT akan mengambil kesempatan terhadap 'kebaikan' ICT itu sendiri. Contohnya ;

    1) pelajar tidak mahu ke kelas kerana semua nota sudah di upload di SPIN
    2) kurang berkomunikasi secara face-to-face dengan tenaga pengajar kerana semua urusan dibuat di atas talian
    3) pelajar menjadi semakin malas
    4) kegiatan plagiat berleluasa

    Sekian, sekadar pandangan..

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK/2
    SEM 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  3. salam..
    perkembangan teknologi dan pendidikan di malaysia sangat menggalakkan..oleh kerajaaan perlu meningkatkan lagi teknologi dalam pendidikan khususnya.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  4. Seperti yang kita sedia maklum, tanpa teknologi maka suramlah proses pengajaran dan pembelajaran. Anak-anak millenial kini lebih selesa menggunakan teknologi dalam sesi pembelajaran mereka. Ilustrasi yang terdapat dalam modul pengajaran dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan ringkas serta dapat difahami dengan lebih jelas dan mendalam seperti bahan-bahan multimedia contohnya. Sebagai seorang pendidik mahupun pelajar, mereka perlu belajar menggunakan teknologi kerana teknologi dapat membantu mereka mempelajari ilmu dengan lebih meluas terutama dalam bidang Sains. Walaupun teknologi mempunyai kelemahannya sendiri, asalkan kita dapat mengendalikan teknologi dengan bijak dan berhemah, maka segala masalah tersebut dapat diatasi.
    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya sememang bersetuju dengan pendapat yang anda lontarkan. Dengan adanya teknologi urusan dalam kehidupan menjadi mudah. Namun perkara yang lebih ketara ianya cara pembelajaran menjadi semakin midah dengan adanya teknologi dalam pendidikan. Pelajar dan guru dapat berhubung di antara satu sama lain dengan mudah. Sehubungan dengan itu, maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    FASSK/2
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM

    ReplyDelete
  6. Perkembangan teknologi dalam pendidikan di Malaysia pada masa kini dilihat telah beralih dari arah yang lambat ke arah yang membangun pesat. Pelbagai bentuk teknologi digunapakai malah yang baru diperkenalkan dalam menjamin sesebuah institusi pendidikan itu mendapat teknologi yang terkini bagi membantu sistem pendidikan negara.

    Pelajar kini banyak menggunakan komputer untuk sesi pembelajaran. Berbanding 10 tahun lalu, hanya sedikit infrastruktur yang disediakan. Namun kini, lambakan makmal berkomputer disediakan bagi mendedahkan lagi para pelajar dengan teknologi melalui pendidikan.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  7. Internet juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang belum lagi diaplikasikan secara meluas. Dengan akses yang semakin meluas dan service provider yang banyak dengan tawaran harga yang servis yang hebat, hampir semua orang mampu menggunakan internet. Dengan maklumat yang tidak terbatas, ICT adalah amat penting dalam pembelajaran terutamanya untuk mencari maklumat yang baru. Pelajar tidak perlu lagi mencari maklumat dengan menyelak buku satu persatu, tetapi hanya dengan menekan butang carian sahaja.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  8. Penggunaan teknologi dalam pendidikan akan melahirkan generasi baru yang celik IT. Penguasaan teknologi juga akan meningkatkan daya saing pelajar di peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain itu kemahiran dalam bidang teknologi juga dapat membantu dalam memajukan negara dalam usaha mencapai wawasan 2020.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  9. Salam cik Zairil,.
    Selari dengan arus pemodenan, teknologi dalam pendidikan telah memperlihat sumbangan serta kepentingannya. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah berlaku. Oleh itu, pemanfaatan teknologi dalam pendidikan sememangnya menjamin kepada peningkatan produktiviti serta kualiti pendidikan.

    NOORHAFIZA HASNI AB MANAF A127607
    FSSK HUMAN DEVELOPMENT
    TAHUN 2/2 2010/2011

    ReplyDelete
  10. Assalamulaikum Zairil,

    Sejajar dengan era globalisasi kini, kewujudan ICT ini sangat dialu-alukan. Penggunaan teknologi di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran mampu mengubah cara pembelajaran yang mana para pelajar dengan lebih mudah dapat mengakses maklumat atau bahan serta dapat mempelajarinya dengan lebih berkesan.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Pelajar sepatutnya menguasai teknologi dalam pendidikan mereka. Hal ini demikian kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi, mereka sukar mencari pekerjaan di era globalisasi kini. Jika kita lihat dari sudut bidang kerjaya, majikan sekarang memandang kepada kemahiran manggunakan kecanggihan teknologi komputer dan lain-lain dalam syarat mengambil bekerja di syarikat mereka kerana penggunaan teknologi berperanan penting dalam syarikat.Pelajar yang menguasai teknologi akan mendapat banyak maklumat melalui sumber-sumber internet selain daripada maklumat daripada pengajaran guru di sekolah. Pelajar-pelajar ini lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dengan pelajar yang hanya memperolehi maklumat daripada guru sahaja. Malahan, segala maklumat yang mereka perlukan mudah diperolehi melalui sumber internet.


    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
    PEMBANGUNAN MANUSIA(FSSK)
    SELASA 8-10MLM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...